Monday 27 June 2016

Vietnam









Sungguh aku masih dan terlalu rindukan Vietnam. Indah!









Ijazah Menggembara

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Sepertinya yang terakhir kali aku update blog 5 bulan yang lalu. Dek kerana terlalu sibuk dengan hal duniawi yang terdiri dari pelbagai bentuk dan aspek, blog ini kian ditinggalkan--Maaf.

Aku selalu teringin untuk tidak memikirkan hal penggembaraan. Tapi apakan daya, aku hanya manusia biasa yang terlalu mencintai alam semulajadi. Kadang-kadang rasa kejam bila sering megaibaikan benda lain dan fokus kepada satu task sahaja. Cooopp! jangan risau tau, which aku still cuba untuk menjadi sesuatu yang berbeza dan masih dalam proses ke arahnya. 

Tiap kali aku nak lupakan--Tiap kali itu juga aku akan terbaca buku atau kata-kata yang bakal membangkitkan rasa aku untuk terus menggembara di bumi Allah yang luas ni. Haishh. Kata orang aku tidak berpijak dibumi yang nyata bila mana lebih mengikut nafsu dan tanpa bawa akal sekali. [sebenarnya, penat la nak dengar kata orang ni!]

Sungguh aku cuba. Cuma biasalah akan tersasar juga kan. Di Malaysia, persepsi setiap orang tentang menggembara ni masih lagi kurang mendapat kebebasan yang penuh. Kadangkala perlu ada sesetengah kriteria yang rigid perlu di simpan erat di dalam dada sebelum boleh atau layak untuk menggembara. 

Aku masih lagi la tertanya, "kena ada ijazah ke dalam perjalanan menggembara?"

Tolong jawab jap.